KETUMBIT? " kau intai sape mandi haa??"
hyeee ! berjumpe lagi kite di entri kali nie yer tuantuan dan puanpuan :). BAJETKAN?!.haha. kesah pulak aku .Okey.okey. sekarang nie nak cerita yang aku ade KETUMBIT . korang tau ape tu ketumbit? Alahh yang ade benjol2 kat mate tetibee tuh. aku kena 2,3 ari yang lepas. bangunbangun tido tetibee die lahir disitu. jem!!ade kelas pagi tu,tak nak ponteng semate-mate KETUMBIT?.takk..nak tak nak pegi jugak kelasnye.budak2 rumah tau dah kenape,pagi tu ade kelas inventor. Senior aku si FATHI tegur, "mate kau asal tyha? kau intai sape mandi?"..ceitttt..kena aku...So sekarang nak membuktikan aku tak intai sape-sape mandi, nie aku nak bagi fakta ape sebab nye KETUMBIT tu boleh ade!
Ada 2 jenis ketumbit:- Ketumbit akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
- Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
- Tekanan
- Pertukaran hormon
- Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
- Diabetis
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya. ketumbit tak akan jejaskan penglihatan seseorang, cuma menyebabkan kesakitan disebabkan bengkak kat kawasan yang sensitif di kelopak mata.
Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara simptom lain ialah:
- Mata berair.
- Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
- Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
- Selalunya dalam masa 3 hari ketumbit akan mula surut. Tapi ramai yang terkena radang ketumbit ni, sembuh dalam tempoh seminggu.
Cara Merawat Ketumbit:
- Penggunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman
- Pembedahan kecil.
- Menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. (untuk ketumbit jenis kedua)
- Bisul yang terhasil akan surut dengan sendirinya bila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dibuang. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
okay, berpuas hati tak ? HAHA. kan aku dah kate aku tak intai sapesape mandii..heeeni sebab seari sebelum kena aku pkai lens lepas tu dengan eyelinernye..lepas tu malas nak basuh muke lepas balik dari keluar aku bia kan la sampai ke petang,eyeliner pon cairlakan, memang merah mate mase tuh,tak percaya? tanya NUR AN NASIHA BINTI AHMAD PUAD, die saksi! sape tu? classmate, housemate dan roomate akuh :). fuhhhhhh..berjela-jelaaa!!
2 comments:
dulu waktu sekolah selalu benor kena ketumbit... kalau boleh tak nak keluar rumah kan.. ahhaaa
haha..tau xpe ain..malu..nanti tetibee jadik hotstuff pulak kan.:D
Post a Comment