tak mintak banyak.mintak click semua gamba nie jea :)

suke x.. suke x?? ngeeee

8/18/12

18 Ogos 2007

Sedar tak sedar dah 5 tahun..Terima kasih YaAllah. Moge hubungan ni akan di akhiri dengan lafaz aku terima nikahnye..Aminn. Aku pun boleh terlupe ari ni Tarikhnye..heee. Selamat Ulangtahun ke5 Ashraff Syafiq..

8/11/12

Bersabarlah wahai hati...

Mungkin hari nie kite menangis.. Kite merasakan sakit.. Kite kenal erti tikaman dari belakang. Tapi..
Bersabarlah wahai hati. Bertahan lah wahai air mata, kerana tangisan kelukaan hari ini mungkin akan membawa kita kepada tangisan Kebahagiaan suatu hari kelak.
Janganlah bersedih wahai hati, sungguh pun kau dikhianati, anggaplah ia sebagai satu pedoman dan pengajaran untuk kau menempuhi hidup ini dengan lebih matang kelak.
Bersabarlah wahai hati, janganlah kau merungut untuk kesakitan sekarang, kerana kesakitan tersebut akan menjadikan kau lebih kuat untuk menempuhi cabang liku kehidupan.
Bersabarlah wahai hati, jika kau diiju, jadikan ia sebagai dugaan, kerana Allah itu maha adil, Dia tidak akan memberi kau ujian jika kau tidak mampu untuk menghadapinya..
Pasrah dan redha kan apa yang berlaku, kerana diri mu kuat dari apa yang kamu rasakan. Hadapinya, kerana Allah sedang mengujimu... Yakinlah bahawa kau mampu hadapinya dengan SENYUMAN..

Penat, Tapi BERBALOIIIII.

ASSALAMUALAIKUM.
okey HYE ! fuhh.. penat ceq satu aqi nie. Sudahlah hari sabtu, hari patutnye cuti, tapi kena ganti cuti raye pulokk dahhh. tapi tak pe. sebab berbaloi penat tu bile petangnye iftar bersama dengan kawan-kawan sekolah. Seriously lah kan, dah lame tak berkumpul macam ni, walaupun tak ramai, bertujuh je. Tu pon aku join budak kelas sebelah tauu. Muke tak tau malu kan..hehe. Ade kawe kesohh. kelas lain pon tetap kawan aku jugak kan. Memang bestlah, dah lame tak jumpe then tak borak-borak. Bile dah jumpe ni macam-macam lah yang diborakkan. Sampai kan kami tak terfikir yang kami akan borak sampai macam ni, sebab Topik Utama die pasal Pekerjaan dan mase depan masing-masing. Yela, mane taknye.. Mase sekolah dulu masing-masing rase macam mase depan kurang je smpai tak terfikir satu ari nanti benda ni yang jadik topik perbualan kami. Paling jadik persoalannye bile mase sekolah amik kos lain, bile belaja and keje pulak bidang lain. Kami yang jumpe ni semua dak akaun n aku pulak akaun ade, pertanian pon ade. Sekali sekarang ade yang maintenance,pemandu KTM, Mewah Oil, Bakery, Hospitaliti n aku Mekanikal eng. Beza tak beza baq hangggg.. Rase macam orang dewasa pulak bile sembang topik ni. Eh , 21, kire cukup umo da la kan.. Ape-ape pun memang rase happy sangat jumpe korang tadi, eyka,tiera,bella,ikmal,fadhli,n ikhwan..Dan YAS.. patut join kami tadi tapi die ade hal,tak pe.Raye nanti plan lagi..hihi.

Owh.. Nak tunjuk something kat korang ni. Scroll ke bawah !


Kaw hade?? hihi. thanks Makcik Samidah.. Siap ade mention "M....."  di situ :D
Memang every years mak die akan bagi baju raye untuk aku. Selama kami 5 tahun, start tahun ke2 sampai sekarang mak die bagi baju raye. Tahun ke4 and ke5 baju yang diberi semua sedondon dengan family die. Macam tahun lepas tema putih, tahun ni Hijau. Bile dah sedondon nie teringin la pulak nak tangkap gamba dengan die pakai baju sedondon nie. wahhh Gedikk kau..hewhew. Terima kasih makcik, cantik sangat. :D

8/8/12

Tautkan lah Kemesraan dihati-hati ini. SAHABAT

Assalamualaykum wbt…
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa,
Menjadi satu yang sempurna.
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam.

Allah telah berpesan,
Innamal mu’minunal ikhwah,
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah…
Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `abdullah.,
`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.,
Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya,
Dia raikan dirimu terlalu acap.
Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah

Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhwah.
Marilah sahabat,marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan bersama,
Persaudaaraan kerana Ar Rahman Ar Raheem,
Supaya kita bersama ke syurgaNya..
Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah,
Moga doa dimakbulkan tulus ini,
Bertemu berpisah kerana Allah
Bertemunya kita tidak pernah jemu..berpisahnya kita tidak pernah gelisah…ukhwah kita tunjangnya kerana Yang Khaliq…insyaAllah..~
Ameen…Bi iznillah Ya Allah…
pimpinlah kami..tautkanlah kemesraan di antara hati-hati ini…
Mantapkan sahsiah,
Utuhkan ukhwah,
Sahihkan ibadah…
Allah Matlamat Utama, RedhaNya dijejaki…
Sahabat, Teman,
jom buka ufuk jiwa..kuntum cinta Rabitah akan terus tumbuh segar sesegarnya kuntuman nailofar…=)
Ana uhibbukum fi Al Islam..Fi Ilahi
Berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah dalam perjuangan ini…
tabahkan hati kami…
sehati sejiwa dulu kini dan selamanya…ameen~
Kudambakan cinta ILAHI, redhaNya Kujejaki..
Ali bin Jabalah berkata:
Semoga kebahagiaan menjelma
semoga jiwa kita terubat dengan harapan
maka janganlah menyerah kalah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan..
Dan itulah juga harapan dan doa ana untukmu teman…moga senyuman selalu terukir..senyumlah dengan senyum yang menggembirakan…sabarlah dengan sabar yang indah =)
Dikau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya,
jika dikau bertemu dengannya,
seolah dikau memberikan kepadanya sesuatu,
yang dikau sendiri perlukannya…=)
Tersenyumlah ~..biarkan kedukaan itu di langit!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...