tak mintak banyak.mintak click semua gamba nie jea :)

suke x.. suke x?? ngeeee

3/18/12

happy born day ASHRAFF SYAFIQ

Nak masuk pukul 12..nak update entri nie pukul 12..tapi tak boleh. 
aku excited sangatsangat okey ! 
walaupun "hati yang telah kau sakiti"...
tuka topik, kenape aku nak update sangat entri ni? 
sebab aku nak wish kat someone yang sangat-sangat special dlam hidup aku selain my family.
orang nye ade telinga,mulut,hidung..ehhh..HARUSLAH kan ade semua tu. =.="
DIA --> ASHRAFF SYAFIQ BIN MAZLAN, tak payah aku bagi tau mesti korang dah tau sape dia tukan. 
19/3/1989..
tepat 12malam ni..bufday die..aku tak dapat nak wish secara depan-depan tahun nie.
sebab..tah la..hati aku tak terbuke nk contact buat mase nie. tapi ape-ape pun dekat belog nie aku boleh buat ape yang aku nak, 
belog aku,suke hati aku la kan. :). peace !
 nie untuk awak ASHRAFF SYAFIQ


setiap tahun, nie je yang mampu ASHRAFF SYAFIQ. maaf sebab tak ade yang istimewa pun,cume nie yang mampu iklas dari hati yang KERAS nie. bia pun tak seberape,tapi saye cube seiklas hati saye. 
biar pun dalam keadaan yang tak stabil,saye cube lembutkan hati yang keras nie.


ASHRAFF SYAFIQ---> saye tak sempurna, tapi saye cube nak jadi yang terbaik dimate awak..
saye ade hati yang sangat2 keras,tapi saye cube lembutkan untuk awak.
sye seorang yang baran,tapi saye cube kurangkan baran saye sebab awak.
saye tak lawa,tak "style",tapi saye cube sedaye saye berhias bile bersame awak..
saye buat nie semua sebab saye nak nampak TERBAIK dimate awak.
tapi sayang, saye tak mampu nak buat supaye awak nampak ape yang saye buat tu.

saye sangat sayangkan hubungan yang nak hampir 5tahun nie.terlalu sayang.sebab saye takut kehilangan orang macam awak.tapi kalau saye takut mcm mane pun kalau dah jodoh bukan dari tangan kite sendri,saye tetap kena buang takut saye tu jauh2 kan.....
tak tau nak cakap ape.KOSONG buat mase sekarang. 
SELAMAT HARI JADI

3/17/12

aku tak perfect .

bile kite tak mampu nak jadi insan yang sempurna dalam hidup seseoranG.
 rase macam sangat-sangat lah yang kite ni banyak kekurangan dan kelemahan.
rase tak layak nak berdamping sebab tak cukup sempurna. 
sape yang tak nak pasangan yang perfectkan. so aku tak boleh nak persoalkan kalau die nak cari lain,
 sebab die BERHAK.selagi seseorang tu belum ade ape-ape ikatan, bermakna die berhak nak tentukan hidup die sendri.
jadi aku kena SEDAR, yang aku TAK BERHAK langsung atas die, jadi aku kena bia kan diri aku dilayan macam SAMPAH oleh orang yang aku sayang. 
aku tau aku tak sempurna , tak sempurna macam yang die nak.die berhak dapat yang PERFECT.

SO..
kena pegi kelas dengan mate yang bengkak. okey, aku dah biase macam. ok bai . T_T

3/13/12

KETUMBIT? " kau intai sape mandi haa??"



hyeee ! berjumpe lagi kite di entri kali nie yer tuantuan dan puanpuan :). BAJETKAN?!.haha. kesah pulak aku .Okey.okey. sekarang nie nak cerita yang aku ade KETUMBIT . korang tau ape tu ketumbit? Alahh yang ade benjol2 kat mate tetibee tuh. aku kena 2,3 ari yang lepas. bangunbangun tido tetibee die lahir disitu. jem!!ade kelas pagi tu,tak nak ponteng semate-mate KETUMBIT?.takk..nak tak nak pegi jugak kelasnye.budak2 rumah tau dah kenape,pagi tu ade kelas inventor. 
Senior aku si FATHI tegur, "mate kau asal tyha? kau intai sape mandi?"..ceitttt..kena aku...
So sekarang nak membuktikan aku tak intai sape-sape mandi, nie aku nak bagi fakta ape sebab nye KETUMBIT tu boleh ade!

 

Ada 2 jenis ketumbit:
  • Ketumbit akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
  • Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
  • Seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya. ketumbit tak akan jejaskan penglihatan seseorang, cuma menyebabkan kesakitan disebabkan  bengkak kat  kawasan yang sensitif di kelopak mata.
 Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara simptom lain ialah:

  • Mata berair.
  • Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
  • Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
  • Selalunya dalam masa 3 hari ketumbit akan mula surut. Tapi ramai yang terkena radang ketumbit ni, sembuh dalam tempoh seminggu.

Cara Merawat Ketumbit:

  • Penggunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman
  • Pembedahan kecil.
  • Menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. (untuk ketumbit jenis kedua)
  • Bisul yang terhasil akan surut dengan sendirinya bila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dibuang. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
okay, berpuas hati tak ? HAHA. kan aku dah kate aku tak intai sapesape mandii..heee
ni sebab seari sebelum kena aku pkai lens lepas tu dengan eyelinernye..lepas tu malas nak basuh muke lepas balik dari keluar aku bia kan la sampai ke petang,eyeliner pon cairlakan, memang merah mate mase tuh,tak percaya? tanya NUR AN NASIHA BINTI AHMAD PUAD, die saksi! sape tu? classmate, housemate dan roomate akuh :). fuhhhhhh..berjela-jelaaa!!

3/9/12

cukuplah.......


"B I L A P E R E M P U A N M E N A N G I S"

Pernahkan korang tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab korang sudah terbiasa dengan fakta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai lelaki, dia mula merendahkan egonya untuk lelaki semata-mata kerana lelaki.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan korang,
Apabila dia menangis kerana korang,
Pandanglah matanya,
Bolehkah korang rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah korang CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan korang,
Hanya kerana korang?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai Lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana korang,
Mungkin sudah tiba masanya korang fikir kembali di mana silap korang,
Kerana hanya korang je yang tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Wahai Lelaki,
kalau seorang perempuan menangis kerana korang, janganlah korang membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan korang sehingga akhir hayat korang.

Wahai Lelaki,
kalau seorang perempuan menangis kerana korang,
janganlah korang meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan korang. 
Kerana korang akan merosakkan hidup dia.

Wahai Lelaki,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta korang kepada seorang perempuan selagi korang belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana korang hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya... 


{nie aku copy paste dari orang lain, just nak share}

3/8/12

perbualan yang menyentuh hati..MAK.. :'(


YAALLAH. pade waktu dan saat nie. SUMPAH !! aku jadi rindu sangat sangat dekat MAK, AYAH, ALONG, ANGAH,ALANG DENGAN ABG LAN. serius rindu,nak call? aiseyy, kredit jeles dengan aku, pk jalan..pk jalan.. okey! along on9. dengan rase rendah dirinye " maria eilan nizam khir n nazrie khir boleh cal tak,aku rindu mak ni..plis.. " lebih kurang mcam tu la.then panggilan dari along, suare mak!!!!! 
MAKKK!!!! yaAllah,sebak mase tu jugak dengan tahan suare dari dengar menangis kat telinge mak..dalam hati "mak...nur rindu sangat..."..nak cover suare, borak-borak mcm biase dgn mak, tapi air mate da berjurai-jurai..nak cakap dengan ayah, tapi ayah keja....agak lame jugak kami borak sampai aku terdengar satu suare yang aku biase dengar ayat nye macam ni "mak,dah la tu..kredit tak de sangat tu..."... tetttttttt.. sape agak-agak korang??
ehhhh..tanye korg,lagi la korang tak tau kan..heeee..okay okay. beliau adelah my oldest sister! ALONG si mulut becok!! HAHA. jangan marah ye mar kalo bace, sebab aku tengah rindu ko nie :).
antara last perbualan dengan mak aku tadi lebih kurang macam ni :-

aku :  mak, mak doa kan ye nur kat sini belaja elok-elok,sem ni semua lulus lepas tu boleh praktikal kaT tempat along,lepas abis praktikal terus abis dah tak payah datang lagi belaja.datang mase konvo nanti je.
mak: nur dah abis ke lepas praktikal nanti?macam tu xpayah datang dah?..yela..mak sentiasa doa untuk nur belaja betul-betul, tapi jangan nanti bile dah keja kau lupe mak dah lah.
aku:   makkk...rindu.....
mak: mak lagi rindu dekat kau, ari tu nak call masing-masing tak de kredit..sampai mengalir air mate mak   
         rindu dekat kau.
terussss...bederai air mate.. :'(
ayat sebelum mak letak call.."nur..jangan lupe solat..bile solat, ingat kat mak ye..doa kan kami kat sini"'..
lagi sekali......:'(....

mak...nur sentiase doa untuk mak, untuk ayah..untuk adik beradik lain..sentiase mak..mak..walaupun satu hari nanti kalau di takdirkan nur ade rezeki..nur tak sekali-kali lupe mak ayah..lupe semua..sumpah nur tak boleh hidup kalau tak ade family nur kat sisi nur...sayang mak..ayah..sayang adik beradik yang lain.. :'(




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...