tak mintak banyak.mintak click semua gamba nie jea :)

suke x.. suke x?? ngeeee

8/11/12

Bersabarlah wahai hati...

Mungkin hari nie kite menangis.. Kite merasakan sakit.. Kite kenal erti tikaman dari belakang. Tapi..
Bersabarlah wahai hati. Bertahan lah wahai air mata, kerana tangisan kelukaan hari ini mungkin akan membawa kita kepada tangisan Kebahagiaan suatu hari kelak.
Janganlah bersedih wahai hati, sungguh pun kau dikhianati, anggaplah ia sebagai satu pedoman dan pengajaran untuk kau menempuhi hidup ini dengan lebih matang kelak.
Bersabarlah wahai hati, janganlah kau merungut untuk kesakitan sekarang, kerana kesakitan tersebut akan menjadikan kau lebih kuat untuk menempuhi cabang liku kehidupan.
Bersabarlah wahai hati, jika kau diiju, jadikan ia sebagai dugaan, kerana Allah itu maha adil, Dia tidak akan memberi kau ujian jika kau tidak mampu untuk menghadapinya..
Pasrah dan redha kan apa yang berlaku, kerana diri mu kuat dari apa yang kamu rasakan. Hadapinya, kerana Allah sedang mengujimu... Yakinlah bahawa kau mampu hadapinya dengan SENYUMAN..

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas kata2x tersebut... kta2x tersebut mmberi smngat utk sy lebih kuat dlm mnghdpi ujian ini... mohon copy... ;)

cik_tyha said...

cume luahan yg iklas dari hati ..boleh, silekan :)

herizal alwi said...

Bersabarlah wahai hati...
Bukankah indahnya pelangi itu,
baru kita rasakan setelah turunnya hujan??

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

..., Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (surah / surat : Al-Anfaal Ayat : 65).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...